PRU -14 : Shida Yakin DUN Buloh Kasap Kekal Bantu BN Tubuh Kerajaan Negeri Johor

PRU -14 : Shida Yakin DUN Buloh Kasap Kekal Bantu BN Tubuh Kerajaan Negeri Johor

SEGAMAT, 14 Mac – Insya Allah…dengan kerjasama semua pihak dan seluruh jentera parti, Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap akan memberikan kerusi untuk membantu Barisan Nasional (BN) Johor menubuhkan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut ADUN Buloh Kasap, Yb Hjh Norshida Ibrahim.

Menurut beliau masyarakat di kawasan berkenaan tentu dan sudah pasti akan melihat kepada ‘track record’ dan bukannya berpaksikan kepada mereka yang hanya sekali sekala menjenguk kawasan terutama kalangan pembangkang yang hanya turun bermusim.

“Kita dah buat apa yang patut dan dah laksanakan apa yang diperlukan. Malah Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin serta barisan kerajaan negeri yang lain cukup komited dalam melaksanakan pelbagai perancangan untuk masyarakat di kawasan ini.

“Soal infrastruktur Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan begitulah juga soal-soal berkaitan kebajikan dan keperluan masyarakat setempat yang lain. Mereka akan tetap menjadi keutamaan kita baik sebelum atau selepas pilihan raya.

“Khidmat yang kita laksanakan bukanlah bersifat bermusim atau waktu tentu sahaja sebaliknya setiap masa kerana kita sedar dan tahu amanah yang dipikul adalah satu tanggungjawab,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menegaskan biarlah rakyat membuat penilain cuma apa yang diharapkan adalah nilailah sebaik mungkin kerana tersalah membuat pilihan ianya amat sukar untuk berpatah balik.

“Apa yang penting penilaian daripada semua sudut…kita sedar dan tahu kerajaan yang ada hari ini bukanlah sebuah kerajaan yang ‘maksum’ namun bersedia menerima segala teguran.

“Apa yang penting adalah pelaksanaan yang sampai ke akar umbi dan itulah penilain yang seharusnya dibuat sebelum membuat pilihan kelak. Sekali tersalah pilih sesal kemudian tidak ada gunanya,” katanya.

Leave a Reply