Kejayaan Di Johor Tanda Muafakat Yang Utuh Dan Perpaduan Yang Padu

Kejayaan Di Johor Tanda Muafakat Yang Utuh Dan Perpaduan Yang Padu

AYER HITAM, 13 Mac- Pelbagai kejayaan dan juga pelbagai pelaksanaan oleh kerajaan negeri menerusi Team Johor adalah satu tanda muafakat yang utuh dan padu dalam usaha bersama-sama mengembleng tenaga demi rakyat dan Johor itu sendiri.

Atas hakikat berkenaan dan apa yang ada di depan mata hari ini bukan sahaja perlu dikekalkan malah terus ditingkatkan selaras dengan pelbagai cabaran mendatang yang tentunya menuntut kepada kerja keras semua pihak.

“Kalau kita imbau dan menyorot kembali apa yang terkandung menerusi Majlis Amanat 2018 oleh Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini, rasanya bukan terlalu jauh untuk kita sama-sama hayatinya,” kata Ketua Penerangan UMNO Johor, DatuK Samsol Bari Jamali.

“Selaras dengan senario kini dan untuk mendepani segala cabaran, dekad suatu tempoh yang tidak terlalu singkat, yang berupaya menunjukkan pencapaian yang nyata dan untuk itu Kita harus mengetahui dan mendepani cabaran-cabaran untuk dapatkan mandat yang besar dan kuat dari rakyat.

“Pada masa yang sama mempunyai dan menyokong kepimpinan yang teruji dan terbukti serta bukan kepimpinan kitar semula dari segi idea dan kepimpinannya, melaksanakan sistem yang berteraskan prestasi serta kerja keras dan seterusnya menggembeling kearah sokongan serta usaha secara kolektif dari team Johor,” katanya kepada UMNO-Johor.

Apa yang jelas kata beliau lagi senarai kejayaan yang telah dipaparkan selama ini bukanlah satu kejayaan semata-mata-mata tetapi mengatur dengan jelas ke Arah Dekad Baharu Johor dan ianya satu gagasan yang jelas dan realistik serta diperkuat dengan iltizam serta komitmen yg tinggi dan jelas.

Leave a Reply