Manifesto Pakatan Pembangkang Semata-Mata Untuk Pancing Undi @HishammuddinH2O

Manifesto Pakatan Pembangkang Semata-Mata Untuk Pancing Undi @HishammuddinH2O

LABUAN, 11 Mac  — Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang dilancarkan baru-baru ini semata-mata bertujuan memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata rakyat daripada semua lapisan  masyarakat tidak harus tertipu dengan propaganda yang sengaja diada-adakan untuk meraih sokongan mereka.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk kita menilai janji-janji Pakatan Rakyat terutamanya di Pulau Pinang, sebagaimana  yang kita masih ingat, janji pada PRU13 belum lagi mereka tunaikan sehingga hari ini.

“Oleh itu, bagaimana kita hendak percaya manifesto ini boleh menjadi kenyataan,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya  Barisan Nasional (BN) Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata manifesto Barisan Nasional yang akan diumumkan tidak lama lagi merupakan pengisytiharan tulen yang akan meraih keyakinan dan kepercayaan rakyat, oleh kerana ia merupakan manifesto yang boleh menjadi kenyataan.

Mengulas tentang kedaulatan Sabah seperti yang disenaraikan dalam manifesto Pakatan, Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata golongan yang tidak begitu ‘mahir’ dengan  manifesto itu mungkin dengan mudah akan terpengaruh.

“Inilah sebabnya saya datang ke Sabah untuk memperjelaskan kepada penduduk di negeri ini bahawa tiada parti lain melainkan kerajaan BN yang boleh memelihara keselamatan dan kedaulatan di Sabah.

???????“Saya bersama-sama anggota angkatan tentera di Sabah akan memberi penjelasan kepada  penduduk di negeri ini agar mereka maklum bahawa kami akan terus memperkukuhkan strategi  ketenteraan kami untuk melindungi setiap inci negeri ini daripada dicerobohi,” katanya.

Beliau berkata pencerobohan Lahad Datu adalah bukti bahawa kerajaan berupaya melindungi negeri ini dan rakyatnya daripada pengganas meskipun dituduh sebagai drama UMNO.

Hishammuddin menggesa penduduk negeri ini agar bersikap rasional dalam  menilai setiap ikrar yang disenaraikan dalam  manifesto pembangkang agar mereka tidak mudah tertipu  dengan janji palsu.

Leave a Reply