‘Mood’ Jentera BN Parit Sulong Serlah Keyakinan Kekalkan Kejayaan PRU-13

‘Mood’ Jentera BN Parit Sulong Serlah Keyakinan Kekalkan Kejayaan PRU-13

PARIT SULONG, 10 Mac – Hari ini nampaknya ‘mood’ jentera di semua peringkat Alhamdulillah berada dalam keadaan baik dan masing-masing dilihat cukup bersemangat bukan sahaja untuk terus mengekalkan rentak kemenangan pada pilihan raya umum yang lalu malah akan meningkatkan lagi majoriti kemenangan, demikian keyakinan Timbalan Ketua UMNO Parit Sulong, Yb Ismail Roslan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerah seterusnya menegaskan rekod pada pilihan raya umum lalu di mana Barisan Nasional (BN) menang di Parlimen Parit Sulong dan juga dua DUN iaitu Semerah dan Sri Medan, tidak mustahil pada kali ini ianya dapat diteruskan.

“Khidmat dan juga segala pelaksanaan baik di peringkat parlimen mahu pun kedua-dua Dun menambahkan lagi keyakinan penduduk setempat untuk terus memberikan kepercayaan kepada BN dalam memikul tanggungjawab sebagai wakil mereka.

“Apa yang telah dilaksanakan selama ini berteraskan kepentingan dan kebajikan mereka. Justeru kita tidak nampak bagaimana pembangkang khususnya boleh mendapat kepercayaan penduduk setempat.

“Gerak kerja dan khidmat kita adalah berterusan berbanding pembangkang ini. Insya Allah ‘mood‘ atau momentum ini akan terus berterusan sehingga ke pilihan raya yang akan di adakan dalam masa terdekat,“ katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menambah segala gerak kerja pilihan raya telah berjalan dengan baik dan masing-masing melaksanakan serta merangka pelbagai pelaksanaan berdasarkan kepada tanggungjawab yang diberikan.

“Masing-masing ada peranan tersendiri dan masing-masing tahu tugas serta tanggungjawab uantuk dilaksanakan dan dengan kerjasama itu serta permuafakatan yang terjalin insya Allah akan melancarkan usaha kita untuk menghadapi pilihan raya umum nanti dan inilah keyakinan kita bersama,“ katanya.

Leave a Reply