Penempatan Khas Pelarian Rohingya Di Malaysia. @TPJ1

Penempatan Khas Pelarian Rohingya Di Malaysia. @TPJ1

JOHOR BAHRU, 8 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat mencadangkan Kerajaan Persetujuan untuk membina satu penempatan khas untuk pelarian Rohingya di negara ini bagi membendung gejala negatif yang kian menular di Malaysia.

Beliau yang menyusulkan cadangan berkenaan di dalam Mesyuarat Keempat bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 di Bangunan Sultan Ismail, hari ini berkata, ketika ini pelarian Rohingya tidak ditempatkan di satu penempatan khas seperti pendatang Vietnam di Pulau Bidong suatu ketika dahulu.

“Mereka tinggal di kawasan-kawasan kediaman rakyat tempatan seperti perkampungan melayu dan kebanyakkan mereka yang berstatus pelarian di Malaysia tetapi bebas untuk bergerak ke mana sahaja dan membuat perkara-perkara yang melanggar undang-undang di negara ini.

“Terdapat beberapa kes jenayah yang dilaporkan melibatkan pelarian Rohingya di Malaysia termasuk kes pengedaran dadah dan kes bunuh, malah terdapat juga dakwaan sindiket Rohingya menawarkan Pasport, Kad Pengenalan Malaysia dan Kad Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian UNHCR palsu kepada pendatang Rohingya yang lain, katanya.

Menurut beliau, dia sendiri pernah melihat seorang anak muda Rohingya memandu laju sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar ketika di pandu arah ke sebuah acara yang melibatkan pelarian Rohingya.

“Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu penempatan yang dilengkapi dengan segala kemudahan seperti sekolah, klinik kesihatan dan kedai-kedai menjual barangan harian serta surau yang bertaraf masjid yang membolehkan mereka menunaikan solat jumaat berjemaah dikalangan mereka.

“Kebebasan mereka seharusnya disekat untuk membendung kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini, katanya.

Beliau turut mencadangkan satu program pendaftaran bagi semua pelarian Rohingya untuk memastikan identiti, status kesihatan dan memastikan mereka boleh dijejaki daripada masa ke semasa.

“Dengan sedia adanya 2 juta pendatang asing yang mana akhirnya akan bermastautin tetap di sini sama ada secara sah mahu pun haram, kita tidak mahu penambahan pelarian Rohingya sebanyak 170, 000 pula menjadi penyebab mengapa orang melayu, cina dan india identiti kita kelak.

“Ini akan berlaku jika mereka dibenarkan bergaul dan berkahwin serta beranak-pinak dengan warga tempatan, katanya.

 

Leave a Reply