Kerajaan Negeri Johor Kaji Laluan Bertingkat JB-Skudai. @HasniMohammad1

Kerajaan Negeri Johor Kaji Laluan Bertingkat JB-Skudai. @HasniMohammad1

JOHOR BAHRU, 8 Mac – Kerajaan Negeri Johor kini sedang mengkaji mengenai cadangan projek penswastaan lebuh raya bertol Johor Bahru-Skudai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, langkah berkenaan adalah sebagai alternatif terhadap laluan Johor Bahru-Skudai sedia ada yang akan sekali gus menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di waktu puncak.

“Dalam kajian itu, laluan bertingkat berkenaan akan dapat mengurangkan waktu perjalanan ke bandaraya Johor Bahru daripada 45 minit kepada 20 minit.

“Antara punca kesesakan di lokasi terbabit adalah disebabkan lorong laluan keluar Taman Johor berkongsi laluan susur naik ke Pasir Gudang dan menyebabkan kenderaan yang mahu ke Taman Perling pada jarak hanya 450 meter daripada susur Taman Johor mengalami kesesakan bagi memberi laluan masuk kenderaan ke susur lorong Pasir Gudang terutama pada waktu puncak.

“Punca lain yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas ialah sikap pemandu sendiri yang tidak sabar mengambil lorong lalu memotong barisan untuk memintas kenderaan lain bagi ke laluan yang dikehendaki, katanya ketika menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PKR-Bukit Batu) pada Mesyuarat Keempat Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-13, hari ini.

 

Leave a Reply