JOHOR ISLAMI – Senjata AMPUH Perangi DAP dan Sekutunya!”

JOHOR ISLAMI – Senjata AMPUH Perangi DAP dan Sekutunya!”

Sudah terang lagi bersuluh,DAP anti Islam.Tapi mengapa ada parti Melayu yang sokong?! Ternyata parti -parti Melayu seperti PKR/PAN/PPBM adalah mereka yang mengamalkan Islam Libreal.

Allah maha besar,telah tunjukkan kepada umat Islam siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin Islam yang mengamalkan Islam Libreal .Pemimpin-pemimpin seperti Tun M,Anwar Ibrahim,Wan Azizah,Muhyiddin Yassin,Mat Sabu dan ramai lagi,sanggup menyertai DAP sehingga mempamerkan keimanan yang tipis.

Sanggup mengenepikan kepentingan konsep Ahli Sunnah waljamaah yang bersifat melaksanakan sesuatu tanpa keterpaksaan ( Fa’ilul Muktar )Sebaliknya Islam Libreal menjadi cerminan hidup mereka.Jangan salahkan ibu yang mengandung?

Tugas kita sebagai pendokong Tamadun Rabbani,jangan bagi muka kepada mereka! Bangkit dan berjihadlah mempertahankan ad – din yang menjadi amalan kita sejak sekian lama.

Sejak 100 tahun dahulu Johor menjadikan sistem pendidikan agama Islam sebagai pendidikan wajib kepada anak-anak Johor.Justeru itu segala kebajikan para mualim atau mereka yang terlibat dlm dakwah Islamiah seringkali diberi penambahbaikkan.

Sebagai agen penyebar agama Islam kehidupan mereka (para mualim) sepatutnya lebih baik.Kepada guru-guru agama ini termasuklah guru KAFA,keluh kesah cikgu sebenarnya didengari oleh kepimpinan negeri.Kerajaan yang ada amat memahami pengorbanan mereka sebagai seorang mualim yang bertanggungjawab menitipkan ilmu untuk membentuk keperibadian anak-anak kita.

YAB Datuk Mohamed Khaled Nordin,Menteri Besar Johor telah mencadangkan supaya gaji guru-guru sekolah agama dinaikkan mengikut gred masing-masing.

Begitu juga elaun dan segala keistimewaan yang dinikmati oleh penjawat awam,mereka juga akan turut merasainya.Bersyukurlah diatas segala usaha kerajaan yang sedia ada.

Begitu juga guru-guru KAFA yang mendapat elaun cuti bersalin dua bulan sebanyak RM 1,652.00 .Nyata nasib kalian sentiasa dibela dan mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan sedia ada..

Selain itu,30 ,000 pelajar asnaf yang menelan belanja RM 5 juta diseluruh johor menerima bantuan persekolahan seperti pakaian sekolah dan segala kelengkapan.

Di peringkat Majlis Agama Islam pula zakat yang dikutip adalah berkonsep membangun golongan asnaf yang layak untuk membela masa depan mereka.Dengan harapan mereka dapat keluar daripada belengu kemiskinan.

Bantuan makanan tambahan RM2.50 seorang yang diilhamkan oleh Khaled Nordin,benar-benar meringankan bebanan ibubapa mereka.

Kerajaan Johor juga tidak pernah lupa akan peranan dan tanggungjawab imam,bilal,pengerak masjid dan amil serta amil agihan.Dari masa ke semasa kadar elaun mereka akan dinaikkan .Mereka juga ditawarkan untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima.

Dalam hal ini Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM2.018 juta bagi membiayai 303 jemaah haji pada 2017.

Malah,Menteri Besar Johor turut berpesan agar bakal jemaah haji mendoakan Johor terus ditadbir oleh sebuah kerajaan Melayu Islam yang prihatin dan telus,selain akan terus memartabatkan Islam.

Seharusnya mereka termasuklah guru-guru di sekolah agama,para imam dan bilal dengan tulus hati berikrar untuk bersama-sama dengan Team Johor dalam membangunkan sekeping tanah bernama Johor.

Sebagai pencinta kedamaian dan Islam yang berkemajuan,mereka seharusnya tidak terpedaya dengan segala hasutan dan fitnah daripada Pakatan Harapan.

Kalian mesti berjiwa besar,dan pastikan DAP yang anti Islam dan sekutunya yang membawa ajaran Islam libreal,tidak diberikan bertapak di bumi Johor yang Islami ini.

Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.Sampai masa,sokongan yang tidak berbelah bahagi amat diharapkan.Kerana dalam apa juga keadaan UMNO tetap menjadi payung kepada orang-orang Melayu.

Kepada guru-guru sekolah agama Johor,dan para imam dan bilal,amil dan amil agihan,dapatlah kiranya nanti membantu dan menjadi benteng terakhir untuk memastikan kemenangan BN .

Malah kalian adalah sebahagian daripada Team Johor yang bertanggungjawab membantu kerajaan dalam usaha memperkasakan syiar Islam dan membentuk jati diri anak-anak bangsa.

Dibandingkan dengan negeri2 termaju seperti Selangor dan Pulau Pinang ,Johor lebih komited dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam.Bukan sahaja membina sekolah2 agama yang baru,dan menjaga kebajikan para guru,lebih dpd itu sentiasa mengkaji sistem pendidikan agama dan menambahbaik infrastruktur agar setaraf dengan peredaran masa.

Tidak mustahil Johor akan menerima nasib yg sama seperti Pulau Pinang dan Selangor jika kita membiarkan DAP dan sekutunya bertapak di bumi Johor.Dan tidak mustahil para amil,bilal,amil agihan,penggerak masjid akan diberhentikan.Malah segalanya yang melibatkan sekolah agama tidak akan dijadikan agenda negara mahupun negeri.

Pastikan pentadbiran yang ada ini kekal untuk sekian kalinya.Sama- samalah kita bermuafakat dalam team Johor untuk mempertahankan Johor yang Islami, dan meneruskan gagasan Johor Berkemajuan dalam menghadapi Dekad Baharu Johor.

TUN MUTAHIR

Leave a Reply