DAP DALANG PERPECAHAN

DAP DALANG PERPECAHAN

Bahang pilihanraya semakin terasa,yang tinggal di kota sudah pulang ke desa, LIM KIT SIANG yang hilang pun sudah dijumpa.Bila dihalau dia buat selamba,sedang berkira hendak bertanding di mana.

DAP dengan kuasa yang ada akan berbuat apa sahaja di bumi Johor ini yang telah mereka idamkan sejak berpuluh tahun dahulu.

Kepada bangsa Johor samada yang tua mahupun yang muda mestilah sama-sama bangkit dengan satu matlamat iaitu menyelamatkan negeri Johor daripada menjadi Pulau Pinang ke dua seperti yang diilhamkan oleh Lim Kit Siang.

Bangsa Johor mesti menolak kepimpinan DAP dan sekutunya dalam PRU 14,demi menjaga kedaulatan raja dan ketuanan Melayu terus terbela.Sememangnya pemimpin-pemimpin DAP amat tidak senang hati dengan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu !

DAP sentiasa menjadi dalang kepada perpecahan orang Melayu.Mereka berjaya memecahkan PAS hingga tertubuhnya PAN.Berjaya memecahkan UMNO hingga tertubuhnya PBPM.. Dan berjaya menghasut Tun M untuk berada satu pentas menentang parti yang pernah melonjakkan namanya.

Dan yang lebih menyedihkan orang-orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP,hanya diam membisu walaupun secara terang-terangan DAP menghina agama Islam di hadapan mereka.

Dan tidak hairan juga ada dikalangan pemimpin Melayu walaupun sedar dasar DAP terhadap agama,mereka tetap menyokongnya.Sebab parti-parti Melayu yang bergabung dengan DAP adalah berfahaman libreal dan sekular.Sebab itu mereka hanya berdiam diri apabila agama Islam dihina dan diperlekehkan oleh pemimpin-pemimoin DAP!

Kepada umat Islam yang setia pada fahaman ahli sunah waljamaah,adalah menjadi tanggungjawab kita menentang DAP bersama sekutunya yang nyata membawa kepada kekufuran.

Buat para pengundi yang pertama kali mengundi,seharusnya jangan dicemari undi anda kepada perkata yang salah.Buatlah pilihan dengan melihat sekeliling anda apa yang telah kerajaan sedia ada tawarkan berbagai peluang kepada anda.Dan yang lebih penting jangan sekali-kali terpengaruh dengan “UNDI ROSAK”

Pakatan Harapan (PH) hanya menjadikan pilihanraya sebagai medan untuk mendapatkan kuasa sahaja.Bila menang,mereka hilang! Contoh ada di depan mata.Gelang Patah,Johor Jaya dan Stulang,bila menang mereka terus hilang!

Jangankan hendak berkhidmat,bagi idea atau cadangan untuk kebaikan rakyat langsung tidak ada.Mereka hanya tahu membangkang dan menghasut pengundi agar terus membenci kerajaan.

Kepada Bangsa Johor,jadikan PRU 14 sebagai medan dan gelanggang untuk mempertahankan bumi Jauhar daripada di jajah oleh DAP dan sekutunya.

TUN MUTAHIR

Leave a Reply