Pemuda Johor Sedia Segenap Penjuru Bantu Parti Berdepan PRU-14 – Hahasrin

Pemuda Johor Sedia Segenap Penjuru Bantu Parti Berdepan PRU-14 – Hahasrin

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Pemuda UMNO Johor bukan sahaja bersedia berada di barisan depan malah segenap penjuru parti bersama rakan-rakan jentera yang lain dalam usaha membantu memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata segala gerak kerja dan segala persiapan lain telah lama dilaksanakan dan kini mereka hannya menungggu semboyan untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.

“Pemuda buat persiapan bukan baru malah bermula sejak 2013 lagi selepas pilihan raya umum yang lalu dan sejak itu kita bergerak bergerak memberi khidmat membantu parti dan wakil-wakil rakyat yang mewakili parti untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat Johor. Bukan seperti pembangkang yang kita dapat lihat muncul kembali sebulan dua ini sahaja.

“Daripada sudut program, apa yang kita rancang dan laksanakan banyak tertumpu untuk generasi muda Johor.. Johor mahir, progm Keusahawanan seperti ‘youth 2 entrepreneur’ dan program-program tradisi Pemuda khususnya yang berkait dengan rekreasi serta sukan seperti futsal, bola, takraw, e sports dan lain-lain,” katanya kepada UMNO-Johor.

Tambah Hahasrin lagi segala program yang dilaksanakan selama ini bukanlah secara bermusim malah dilaksanakan secara berterusan saban tahun tanpa gagal malah mempelihatkan sambutan yang amat menggalakkan.

“Begitu juga Briged Gerak Gempur Pemuda pun kita perkasakan yang mana lebih fokus dan terlatih… asas jentera briged gerak gempur mempunyai kekuatan sekitar 1000 orang bagi setiap bhgn dan paling penting telah diberi latihan dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu beliau seterusnya menambah portfolio yang diberi kepada pemuda kali ini akan digalas dengan sebaik mungkin untuk melancarkan gerak kerja parti khususnya membantu kemenangan BN di Johor dan juga Pusat.

“Banayk strategi yang kita telah jalankan dan InsyaAllah kita yakin hasilnya nanti akan mampu bukan sahaja mempertahankan Johor, malah akan memberi kemengan lebih besar kepada parti peringkat negeri serta menyumbang kepada kecemerlangan BN di peringkat persekutuan. Insya Allah,” katanya.

Leave a Reply