Tahap Kesiapsiagaan BN Johor Telah Mencapai Lebih 90% – @JaisSarday

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Barisan Nasional (BN) Johor telah mencapai tahap kesiapsiagaannya lebih 90% bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.

Setiausaha Barisan Nasional Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, jika sebelum ini parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC mengadakan kesiapsiagaan mengikut parti masing-masing tetapi pada kali ini kita sudah mengadakannya secara bersama.

“Baru-baru ini Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah pun turun ke semua bahagian dan bermakna memang sudah ada persefahaman terutama sekali dalam konteks untuk kita mengeluarkan pengundi-pengundi yang sememangnya menyokong BN.

“Untuk menang dalam PRU pada kali ini adalah untuk kita menguruskan persepsi dan pengundi itu sendiri, jadi kita punya keutamaan dan penekanan adalah untuk memastikan jentera kita dapat mengeluarkan pengundi-pengundi kita ketika PRU nanti.

“BN Johor awal-awal lagi sudah menggerakkan perkara itu ke arah berkenaan dan atas sebab itu diperingkat bahagian dan parlimen BN, kita minta semua aktiviti dan program diadakan secara bersama, katanya.

Leave a Reply