RM 4.5 Juta Naik Taraf Jeti Pasir Gogok – @AzalinaOthmanS

RM 4.5 Juta Naik Taraf Jeti Pasir Gogok – @AzalinaOthmanS

JOHOR BAHRU, 27 Feb – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 4.5 juta untuk menaik taraf jeti Pasir Gogok bagi memastikan keselesaan kepada para nelayan setempat di Pengerang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said merangkap Ahli Parlimen Pengerang berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kelulusan peruntukan yang diberikan berkenaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap semua rakyat termasuk golongan nelayan dengan memberikan pelbagai insentif bagi membantu meringankan beban nelayan serta menambah hasil pendapatan golongan nelayan, katanya.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan bantuan elaun sara hidup nelayan kepada 437 nelayan Pengerang dengan jumlah keseluruhan RM129,800.

Leave a Reply