Ahli Dan Pemimpin UMNO Di Seru Bangkit Dan Sedia Capai Kemenangan PRU 14 – @HishammuddinH2O

Ahli Dan Pemimpin UMNO Di Seru Bangkit Dan Sedia Capai Kemenangan PRU 14 – @HishammuddinH2O

BATU PAHAT, 24 Feb – Ahli dan pemimpin UMNO diseru untuk bangkit dan bersiap- sedia bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semua pihak perlu mempertingkatkan usaha dan tenaga bagi memastikan perjuangan parti tidak berakhir pada PRU pada kali ini.

“Pada waktu sekarang emua pihak perlu memastikan kemenangan UMNO dalam PRU dan tidak bimbang mengenai kekuatan parti sahaja.

“Jika difikirkan kekuatan UMNO sahaja adalah tidak bermakna jika kemenangan parti gagal dipertahankan pada PRU akan datang, katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Kepimpinan UMNO Bahagian Ayer Hitam, Parit Sulong dab Simpang Renggam di Bangunan Komuniti UMNO Ayer Hitam,  dekat sini,  hari ini.

Menurut beliau, sudah sampai masanya untuk UMNO bangkit berdepan dengan PRU yang akan memberi cabaran besar  dan ianya bukan lagi seperti PRU pada sebelum-sebelum ini.

Leave a Reply