Jaga Keharmonian Dan Sensitiviti Kaum, Jangan Layan Propaganda Jahat Untuk Rosakkan Perpaduan Negara – Aziz

Jaga Keharmonian Dan Sensitiviti Kaum, Jangan Layan Propaganda Jahat Untuk Rosakkan Perpaduan Negara – Aziz

SERI GADING, 23 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi menyifatkan kepentingan dalam menjaga dan mempertingkatkan keharmonian sesama sendiri serta menjaga nilai kesejahteraannya kerana segala perancangan bagi tujuan tersebut akan menjadi sia-sia dan tidak akan berjaya sekiranya semua pihak tidak bersatu dan berpecah belah.

Sehubungan itu tambahnya, kita semua lapisan rakyat dan masyarakat harus terus berpadu dan mengekalkan keharmonian serta saling hormat menghormati.

“Saya berharap kita meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan sendiri dalam memperjuangkan sesuatu isu demi menjaga keharmonian serta sensitiviti dalam masyarakat.

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat dalam program Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2018 adalah sangat menggalakkan dan majlis ini menjadi bukti bahawa masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Parlimen Sri Gading dapat hidup bermuafakat, harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Inilah bukti bahawa keharmonian, kemakmuran dan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini haruslah dipertahankan agar ia berlangsungan sehingga ke anak cucu kita,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Seri Gading.

Tambahnya, kita mahu seluruh rakyat, khususnya di negeri ini sentiasa hidup dalam keadaan selesa dan harmoni di dalam sebuah negeri yang memiliki keseimbangan pembangunan dari segi kerohanian, fizikal, kemanusiaan dan mesra alam.

”Hindarilah daripada segala kelakuan dan tindakan yang merosakkan bangsa dan negara.

Jangan termakan dan terpengaruh dengan hasutan, fitnah dan propaganda sesetengah pihak yang mahu menghancurkan ia semua demi kepentingan peribadi mereka.

‘Untuk itu kita semua perlu mempertahankan negeri dan negara ini daripada sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian serta kedamaian yang kita dikecapi dan nikmati hari ini untuk kehidupan masa depan, untuk anak cucu kita terus menikmati pula apa yang telah kita kecapi hari ini,” tambahnya lagi.

 

Leave a Reply