AMARAN BANGSA JOHOR-PRU 14 Gelanggang Terakhir Buat LIM KIT SIANG !!

AMARAN BANGSA JOHOR-PRU 14 Gelanggang Terakhir Buat LIM KIT SIANG !!

Cukup-cukuplah LIM KIT SIANG! Bangsa Johor tidak perlukan orang seperti Lim Kit Siang,apatah lagi parti DAP dan sekutunya..!.

Kami rindu kehidupan yang dahulu,yang muafakat tanpa ada campur tangan orang luar yang hanya mahu memecahbelahkan kehidupan kami !.

Bangsa Johor kena tahu kenapa tiba-tiba LIM KIT SIANG,bertanding di Johor pada PRU 13?!

DAP,sebuah parti yang dikuasai oleh Cina Kristian,tahu bahawa Johor adalah negeri yang punya permata.Johor adalah antara negeri termaju dalam Malaysia selain Selangor dan Pulau Pinang.

Memetik kata Menteri Besar Johor ,YAB Datok Mohamed Khaled Nordin,sebenarnya kerajaan kita tidak perlu jual harapan, tidak perlu menjual janji sebab kita sudah melaksanakan.”

“We are not promising but we actually delivering”.

Kehadiran Lim Kit Siang ke Johor pada PRU 13 merupakan satu percaturan dalam meraih undi daripada orang-orang Cina,disamping memperdayakan pengundi-pengundi Melayu di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang tentunya bangga bila dapat menewaskan Datok Abd.Ghani Othman yang merupakan MB Johor ketika itu.Natijahnya Johor masih kekal dengan kesetiaan bangsanya.

Sebenarnya DAP hanya menggunakan pilihanraya semata-mata untuk mendapatkan kuasa!

Terbukti setelah memenangi Parlimen G.Patah, LKS langsung tidak menunaikan segala janji-janji pilihanraya.Sebaliknya langsung tidak memberikan khidmat kepada pengundi-pengundi di Gelang Patah.

Percayalah dalam PRU 14 Lim Kit Siang tidak akan mengekalkan kerusinya di Gelang Patah !

Perlu diingat,jika Melaka berjaya ditawan oleh Portugis,Francis Light bertapak di Kedah,tetapi tidak bagi Negeri Johor.

Kebijaksanaan dan permaufakatan yang sekian lama menjadi senjata paling ampuh Bangsa Johor,menjadikan Johor satu-satunya negeri yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa besar ketika itu.Malah terus meluaskan kuasanya hingga ke Riau dan Lingga.

Bagaimana ,suatu ketika dahulu Almarhum Sultan Abu Bakar membina Johor yang moden,berjaya menyatukan semua kaum menjadi suatu rumpun yang hidup bermuafakat atas nama Bangsa Johor.

Bagi menjaga kedaulatan raja-raja,dan melindungi ketuanan Melayu,atas nama muafakat,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) berjaya ditubuhkan di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946.

Bangsa Johor seharusnya berasa bangga kerana parti keramat yang menjaga ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-raja dilahirkan di negeri Johor.Malah turut membidani kemerdekaan negara!

Justeru itu,kepada Bangsa Johor lah dititipkan tanggungjawab untuk memastikan parti ini terus memayungi kedaulatan raja-raja dan ketuanan Melayu.Lebih daripada itu menjadi paksi dalam pentadbiran negeri dan negara.

Pemimpin datang dan pergi,tetapi UMNO biarlah terus subur.

Sekurang-kurangnya UMNO telah terbukti menjadi parti yang sentiasa memperkasakan Islam sebagai agama rasmi. Dan menjadi benting kepada kedaulatan raja-raja yang DAP nak hapuskan apabila memerintah!.

Barang diingat bahawa DAP adalah sebuah parti yang kuat berpegang kepada prinsip.Mereka boleh mengubah cara tetapi tidak kepada prinsipnya!

Antara prinsip DAP ialah menghapuskan ketuanan Melayu termasuk kedaulatan raja-raja!.

Hari ini DYMM Sultan Ibrahim,Sultan Johor yang mesra rakyat,konsep muafakat Johor terus dijadikan acuan dalam membina jati diri Bangsa Johor.Lebih-lebih lagi dalam menghadapi Dekad Baharu Johor dengan pacuan Johor yang Berkemajuan.

Johor yang Islami,Johor Lestari,Johor berbudaya,semua ini mesti terus dijayakan.Bukan sahaja untuk menjadikan negeri Johor dan bangsa Johor terus berjaya dan maju,malah dapat dijadikan asas dalam membina karakter Bangsa Johor.Seperti yang diilhamkan oleh YM Tengku Mahkota Johor.

Raja dan rakyat berpisah tiada.Bangsa Johor tinggi setianya.Muafakat itu berkat dan muafakat itu selamat.Ayuh Bangsa Johor kita bangkit dan mara,terus mara, mempertahankan bumi ini daripada dijajah oleh DAP dan sekutunya yang ternyata rakus dan mahu menghapuskan kuasa raja-raja dan ketuanan Melayu.

“Biar hilang harta,jangan hilang agama!”Jiwa dan Raga kita pertaruhkan,kedaulatan Raja kita pertahankan!” DAP mungkin berjaya memecahbelahkan bangsa Johor tetapi DAP dan sekutunya tidak mungkin dapat memutuskan ikatan muafakat bangsa Johor yang tinggi setianya.

Kepada LKS,anggaplah PRU 14 ini sebagai gelanggang terakhir.Bangsa Johor tidak mudah diperbodohkan dengan politik hasutan dan fitnah.

Ayuh MARA dan MARA bangsa ku !! Ratusan tahun bangsa Johor dan bumi Jauhar ini tidak pernah dijajah dan hari ini tugas kita untuk pastikan Johor terus kuat tanpa ganggu gugat daripada DAP dan sekutunya.

PRU 14 akan menyaksikan kebangkitan Bangsa Johor untuk menewaskan dan menamatkan riwayat politik LIM KIT SIANG di bumi Johor! Johor tetap jadi Johor ! Allah Pelihara Johor ! Amin…

TUN MUTAHIR
19 Feb 2018

Leave a Reply