Bukti Rakyat Johor Tolak Pakatan Harapan-DAP Di Johor

Bukti Rakyat Johor Tolak Pakatan Harapan-DAP Di Johor

Kecoh seketika bandar Johor Bahru hari ini. Sekumpulan penduduk Kampung Bakar Batu, Johor Bahru menghalang dan menghalau pemimpin Pakatan Harapan yang mengadakan ceramah secara haram di kampung tersebut.

Insiden tersebut jelas memberikan tamparan yang hebat kepada pemimpin Pakatan Harapan pada malam tersebut. Mereka terdiri daripada Lim Kit Siang, Akmal Nasir, Osman Sapian dan ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng.

Tindakan sekumpulan penduduk kampung tersebut memberikan isyarat bahawa ceramah Pakatan Harapan langsung tidak dialu-alukan terutama di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

Sebelum ini, satu kajian yang diterbitkan oleh Iseas Institut Yusof Ishak Singapura menyatakan bahawa ketakutan meluas terhadap DAP di kalangan pengundi Melayu Johor bakal menyukarkan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.

Malah beberapa pemimpin utama pembangkang menepis dakwaan ini dan menyatakan kajian ini tidak benar sama sekali. Mereka dengan yakin menyatakan bahawa orang Melayu Johor sangat terbuka menerima DAP dan parti-parti yang lain.

Nyata tekaan itu melesit sama sekali. Dan insiden semalam merupakan isyarat jelas bahawa rakyat Johor secara jelas menolak propaganda dan agenda fitnah Pakatan Harapan ke kawasan mereka.

Lebih-lebih lagi apabila melihat pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang ke kawasan penempatan orang Melayu pastinya sangat tidak disenangi oleh mereka.

Mengapa beliau melawat Johor Bahru sedangkan rakyat Gelang Patah lebih dahagakan perhatian seorang wakil rakyat?

Malah sikap angkuh Osman Sapian dari PPBM ketika berkomunikasi dengan penduduk kampung pada ketika itu jelas menunjukkan sifat kebudak-budakkan.

Beliau juga mempunyai sejarah lampau. Ketika beliau menjadi wakil rakyat Kempas, Osman Sapian pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau dalam satu isu tanah di kawasan Kempas.

Insiden ini pastinya bakal menyukarkan usaha calon PKR, Akmal Nasir yang bakal bertanding di Parlimen Johor Bahru. Selain tidak menetap di Johor, hampir keseluruhan pengundi di Parlimen Johor Bahru tidak mengenali beliau.

Sejujurnya, tindakan penduduk kampung itu sebenarnya jelas atas rasa tidak senang dengan kehadiran pihak luar yang cuba mengangu gugat keharmonian dan kemakmuran di kampung tersebut.

Seharusnya Pakatan Harapan perlu lebih bijak dalam masuk ke kawasan dan menyantuni rakyat terutama yang tinggal di kawasan kampung. Bak kata pepatah “masuk tempat orang bawa otak bukan pisau”

 

Oleh:

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Leave a Reply