Pembangkang Hina RELA, Tuduh Mereka `Macai’ UMNO – Bastien

Pembangkang Hina RELA, Tuduh Mereka `Macai’ UMNO – Bastien

SEGAMAT, 10 Feb – Kita dikejutkan dgn kenyataan memeranjatkan dari pemimpin pembangkang yang menuduh anggota RELA berperanan sebagai ‘macai’ kepada parti politik UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Segamat, Bastien Onn berkata, kenyataan tersebut merupakan satu bentuk penghinaan kepada mereka yang berkorban menganggotai badan sukarelawan terbesar di Malaysia.

“Sudah tentu ianya menagih semangat patriotik yang tinggi untuk seseorang individu menawar diri menabur bakti kepada negara melalui platform RELA. Ini yg menjadi asas pertimbangan dan bukannya untuk menjadi ‘macai’ kepada mana-mana parti politik.

Malaysia mempunyai 3juta ahli Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa di seluruh negara. Jika diukur risiko yg dihadapi mereka, khidmat bakti yg dicurah sepatutnya diberikan pujian bukannya dihina.

Jelaslah pemimpin pembangkang tidak menghargai peranan dan tugas kesukarelawan yang mereka galas. Saya cukup malu apabila ada yang sanggup menghina mereka sedemikian rupa walhal anggota RELA sanggup berkorban masa dan tenaga apabila dipanggil untk melaksanakan sesuatu tanggungjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyeru agar pemimpin pembangkang menghentikan penghinaan ini. Jika tidak berminat untuk berbakti kepada negara Malaysia, tidak perlulah menghina mereka yang berbangga utk berkhidmat secara sukarela’

“Mungkin beliau tidak faham antara orang yang bekerja dan tindakan sukarela (volunteerism) sebab itu cadangan-cadangan yang dikemukakan beliau tidak kena pada tempatnya.

RELA ini merupakan gerakan kesukarelawan secara massa. Sebab itu jumlahnya besar, kita mempunyai 3juta rakyat Malaysia diseluruh negara yang bersedia untuk digerakkan untuk melakukan kerja-kerja amal seperti mengawal lalulintas di majlis-majlis tertentu, menjaga keselamatan kampung atau taman perumahan,  membantu melancarkan perhimpunan-perhimpunan besar rakyat dan sebagainya.

Takkanlah tugasan sukarela rakyat hendak disamakan  faedahnya dgn mereka yg bekerja makan gaji seperti pengawal keselamatan atau Bomba,” tambahnya.

Jelaslah beliau tidak faham perbezaan apa itu RELA dan pengawal di syarikat-syarikat keselamatan. Sukarelawan juga nak diberi pencen? Inikah cadangan daripada seorang yang mempunyai ikatan dan latarbelakang Cuepacs yang kuat?

RELA ini bukan buruh atau satu pekerjaan. Jgn kelirulah!’  Anggota RELA ini mempunyai pekerjaan tetap yang pelbagai. Ada yang bekerja sebagai pegawai bank,  berniaga, dan sebagainya,” tambahnya.

Pemuda UMNO Segamat turut memuji tindakan YAB TPM yang memberikan mereka pakaian seragam walaupun mereka hanya menjalankan tugasan secara sukarela.

Pengumuman oleh TPM untuk keterlibatan mereka di ESSzone juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada ahli-ahli RELA yang sekaligus menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan negara.

“Inilah cara bagaimana kerajaan memberikan penghargaan kepada mereka. Kita berterima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat Malaysia yang sanggup menjadi ahli RELA di seluruh negara.

Saya berharap anggota-anggota RELA di seluruh negara tidak patah semangat tetapi terus bersiap-siaga dalam apa jua keadaan kerana Malaysia memerlukan kamu. Kepimpinan negara akan terus memangkin semangat kesukarelawan yg tersemai subur di kalangan kamu semua,” tambahnya lagi.

Leave a Reply