650 Keluarga Di Parlimen Tenggara Terima Sumbangan Tahun Baru Cina

650 Keluarga Di Parlimen Tenggara Terima Sumbangan Tahun Baru Cina

KOTA TINGGI, 4 Feb — Sebanyak 650 keluarga kurang berkemampuan dalam kawasan Parlimen Tenggara hari ini menerima sumbangan hamper makanan dan duit raya daripada Pusat Khidmat Anggota Parlimen Tenggara.

Anggota  Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sumbangan itu merupakan program tahunan setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baharu  Cina.

Menurutnya, sumbangan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan selain menceriakan golongan berkenaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Senarai penerima kali ini diperolehi daripada kepimpinan parti MCA dan Gerakan selain kepimpinan masyarakat Tionghua yang ada.

Program ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memelihara kebajikan rakyat sekali gus mewujudkan keharmonian antara kaum dan meraikan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan berkenaan.

Turut  hadir, Timbalan Speaker Negeri Johor merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Panti Datuk Baderi Dasuki, Pengerusi MCA Tenggara Gan Ong Pin dan Pengerusi Gerakan Tenggara, Albert Teo.

Leave a Reply