Tempoh 10 Tahun Menuju Dekad Baharu Johor Adalah Realistik – @KhaledNordin

Tempoh 10 Tahun Menuju Dekad Baharu Johor Adalah Realistik – @KhaledNordin

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menetapkan 10 tahun untuk merealisasikan Dekad Baharu Johor dan tempoh berkenaan adalah satu masa yang realistik untuk Kerajaan Negeri Johor untuk mencapainya.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun berkenaan ianya akan dapat melihat keberhasilan dan manfaat terhadap matlamat yang di tetap kan kerana ianya tidak terlalu lama mahupun terlalu singkat.

“Kita mahu memastikan kita boleh menunjukkan pencapaian yang nyata dan mahu diuji dengan prestasi serta melalui pelan berkala seumpama ini, kita dapat mengukur dengan nyata semua pencapaian kita.

“Jika tidak mensasarkan tempoh masa sebegini, kita tidak akan berasa tekanan untuk menyempurnakannya atau ‘the pressure of delivering’, katanya ketika berucap di Majlis Amanat 2018, di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, hari ini.

Menurut beliau, dalam tempoh 10 tahun berkenaan sudah pastinya akan menghadapi pelbagai cabaran antaranya adalah matlamat berkenaan hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan yang mempunyai mandat yang besar dan kuat daripada rakyat.

“Jika tidak, 10 tahun akan datang hanyalah satu era yang menyaksikan Johor yang suram dan mendung kerana iklim politiknya kelam kabut dan cacamerba.

“Cabaran seterusnya adalah kita memerlukan kepimpinan yang teruji dan terbukti di mana kepimpinan yang benar-benar mahu membawa perubahan berdasarkan pelan dan perancangan yang jelas dan teratur, katanya.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga memerlukan sistem yang berteraskan prestasi dan kerja keras di mana ianya juga sesuatu yang sukar kerana tidak ramai yang sanggup untuk memberikan lebih dari apa yang sepatutnya.

“Untuk mencapai matlamat berkenaan, ianya juga menuntut usaha kolektif daripada semua pihak iaitu sesuatu usaha untuk melakukan kebaikkan adalah perkara yang tidak mudah dan atas sebab itu kita tidak boleh bergerak bersendirian dan perlu melaksanakan dengan pasukan, katanya.

Leave a Reply