Pesanan 5 Serangkai Untuk Team Johor – @KhaledNordin

Pesanan 5 Serangkai Untuk Team Johor – @KhaledNordin

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyampaikan amanat khas terutamanya kepada Bangsa Johor untuk menuju matlamat Dekat Baharu Johor.

Beliau berkata, pihaknya berharap amanat dan pesanannya itu akan dijadikan sebagai pegangan dan pegangan daripada seluruh kepimpinan negeri sehingga semua lapisan masyarakat di Negeri Johor dalam semua perkara yang dilakukan.

“Terdapat beberapa pendekatkan dalam amanat ini antaranya ialah untuk memperbetulkan niat iaitu segala yang dilakukan adalah kerana Tuhan, untuk manusia dan demi masa hadapan Johor dan Malaysia.

“Kedua, bangunkan negeri ini dengan sebaik-baiknya dengan merujuk negeri kelahiran dalam kad pengenalan dan dikenali sebagai 01 dan perlu membela negara walaupun kita ini team Johor, kita masih anak Malaysia yang patriotik dan cintakan tanah air,” katanya.

Beliau berkata, pesanan seterusnya ialah beri lah nilai dalam pekerjaan atau apa-apa sahaja yang kita lakukan dan  terakhir, bawalah nama selaku bangsa yang berkemajuan.

“Semua rakyat di negeri ini tidak kira di kota atau di pinggir negeri, adalah sebahagian team Johor dengan tekad membangunkan satu dekad baharu untuk negeri ini, katanya.

Leave a Reply