Seramai 1400 Pelajar Miskin Menerima Bantuan Biasiswa Daripada Kerajaan Negeri – @KhaledNordin

PASIR GUDANG, 3 Feb – Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan Biasiswa Kenangan Dato Onn (BKDO) dibawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kepada seramai 1,400 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum mulai tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian biasiswa berkenaan kepada pelajar Tingkatan Satu sehingga tamat pengajian mereka di sekolah dengan syarat para pelajar perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan berjaya.

Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan akan diberikan bantuan sebanyak RM600 setahun untuk pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

Leave a Reply