Pembangkang Hanya Sedap Cakap Soal Biasiswa Untuk Semua – @KhaledNordin

PASIR GUDANG, 3 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menolak cadangan pihak pembangkang yang mahukan semua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti supaya diberi biasiswa.

“Kerajaan perlu memberi ganjaran kepada individu yang benar-benar memberi tumpuan dalam pelajaran dan berjaya.

“Ianya akan menjadi lebih adil kerana kalau semua orang dapat biasiswa, maknanya seseorang yang sederhana dalam belajar juga akan menuntut pemberian biasiswa kerana ianya juga merupakan hak mereka.

“Para pelajar akan menyatakan bahawa pelajar lain mendapat biasiswa dan mereka juga berhak mendapat biasiswa tetapi tumpuan, kejayaan dan kecemerlangan mereka tidak sama dengan mereka yang lebih layak memiliki biasiswa tetapi mempunyai keputusan yang begitu cemerlang, katanya.

Beliau yang juga pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dahulu berkata, dia berpendapat adalah lebih baik menukar pinjaman pelajaran menjadi biasiswa jika pelajar itu memberi tumpuan dalam pelajaran dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Menurut beliau, pemberian biasiswa untuk semua pelajar berkenaan sememangnya nampak cantik dan bagus dari segi politik dan semua hari menyokong, tetapi dari segi pelaksanaan pula sebenarnya ianya tidak begitu berkesan,” katanya.

 

 

Leave a Reply