100,000 Jentera BN Johor telah Disiapkan Menjelang PRU14 – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 2 Feb – 100, 000 jentera Barisan Nasional (BN) Johor telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 14 pada tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, secara umumnya BN Johor berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan khususnya di peringkat bahagian-bahagian di Johor.

“Kini Kita dalam proses untuk memantapkan dan memastikan jentera parti bagi isu-isu yang dihadapi dapat diselesaikan.

“Jadi kita telah berbincang mengenai pelbagai pendekatan dan perananan yang patut dijalankan sama ada di peringkat bahagian atau BN peringkat negeri,  katanya.

Menurut beliau, BN Johor sudah bersedia 90 peratus dan hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara sahaja lagi.

Leave a Reply