Kompleks Mahkamah Baru Di Johor Bahru @AzalinaOthmanS

Kompleks Mahkamah Baru Di Johor Bahru @AzalinaOthmanS

Oleh Iskandar Ahmad

MUAR, 18 Jan – Sebuah kompleks mahkamah baru bernilai lebih RM200 juta bakal dibina di Iskandar Puteri, Johor dan dijangka majlis pecah tanah berkenaan akan dilaksanakan pada Mac tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pembinaan kompleks berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 5.3 hektar serta  bakal mendapat cetusan idea Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan bangunan terbabit menjadi kebanggaan rakyat Johor khususnya.

“Tuanku mahu memberi input daripada segi rekabentuk mahkamah dan Insha Allah akan saya bawa kepada bahagian undang-undang untuk melihat daripada segi peruntukkan bajet.

“Jika boleh kita buat pecah tanah  untuk pembinaan mahkamah berkenaan pada Mac tahun ini dan terima kasih kepada Tuanku.

“Mahkamah Johor Bahru ketika ini dalam keadaan sedikit kelam kabut  disebabkan adanya bangunan mahkamah dan menggunakan bangunan swasta, disebabkan tidak cukup tempat dan tanah di ibu negeri Johor Bahru agak mahal.

“Jadi dengan adanya titah Tuanku pada hari ini dapat saya serta pihak kerajaan untuk mempercepatkan menyediakan mahkamah negeri Johor di Iskandar Puteri,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Muar, di sini, hari ini.

Leave a Reply