Cukup-cukuplah Tabur Fitnah Dakwa Daftar Pemilih Baru Tentera Di Sembrong

Cukup-cukuplah Tabur Fitnah Dakwa Daftar Pemilih Baru Tentera Di Sembrong

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ketua Pemuda UMNO Sembrong Onn Hafiz Ghazi menggesa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menabur fitnah di Parlimen Sembrong berhubung daftar pemilih tentera.

Ini kerana menurut beliau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan pernah menerima sebarang permohonan baru daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih atau membuka lokaliti baru di kem Paloh.

“Kalau nak bermain politik dah lama dah kem di Sembrong siap dan pengundi didaftarkan. Cukup-cukuplah,“ katanya menerusi facebooknya.

SPR dalam kenyataan media hari ini menafikan pernah menerima sebarang permohonan baru daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih atau membuka lokaliti baru di kem Paloh, Johor dalam Rang daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku keempat tahun 2017.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata ini berikutan dakwaaan pihak tertentu yang kononnya wujud pemilih baru dikalangan anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan di kem paloh yang dipindahkan dari kem Mahkota dalam Parlimen Sembrong.

Menurut beliau dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan pihak-pihak yang berkepentingan boleh membuat semakan pada Rang DPT bagi suku keempat tahun 2017 yang sedang dipamerkan bermula 17 hingga 30 Januari 2018 di tempat-tempat pameran yang berdekatan.

Leave a Reply