BN Tidak Ketandusan Pemimpin – @HasniMohammad1

JOHOR BAHRU, 12 Jan – Di Malaysia masih tidak mengalami ketandusan pemimpin dan tidak berhadapan dengan keadaan yang memerlukan penentuan sama seperti pilihan raya yang telah dijalankan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pilihan raya kali ke 14 yang akan datang juga sama seperti pilihan raya pada sebelum ini dan rakyat berpeluang untuk memilih demi kebaikan mereka pada masa akan datang.

“Barisan Nasional (BN) sudah tentu akan berdiri teguh dan memberi keyakinan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh lima tahun akan datang dan tahun seterusnya.

“Di dalam BN tiada istilah interim dan mahu mencuba sesuatu pendekatan itu kerana kita sudah ada perancangan yang tersendiri bagi tempoh lima tahun akan datang, katanya.

Menurut beliau, kini rakyat mahu melihat dalam tempoh berkenaan Malaysia sudah lebih mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran yang lebih hebat.

Leave a Reply