Projek Landasan Berkembar Elektrik Akan Dilaksanakan Segera – @HasniMohammad1

JOHOR BAHRU, 11 Jan – Projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) sepanjang 192 KM yang tertangguh sejak tahun lalu akan dilaksanakan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kerja-kerja pembinaannya yang bermula pada tarikh baru iaitu pada 1 Januari 2018 dijangka akan mengambil masa selama 48 bulan untuk disiapkan.

“Projek yang menelan belanja RM9.43 bilion itu suda ditawarkan kontraknya kepada konsortium dari China iaitu CRCC CREC CCCC Consortium Sdn Bhd.

“Sebanyak 50 peratus daripada nilai kontrak diberikan kepada sub kontraktor tempatan yang mana termasuk 30 peratus kontraktor bumiputera, katanya ketika sidang media sempena lawatan di lokasi projek pembinaan landasan keretapi berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru di Jalan Dewata, Larkin, hari ini.

Menurut beliau, atas perkara berkenaan, pihaknya mensasarkan sebanyak 150 kontraktor tempatan akan terlibat dalam projek terbabit dan menggesa kontraktor tempatan mengambil peluang serta segera mendaftar dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai pegawai penguasa projek berkenaan.

Leave a Reply