Pan Johor Boikot Konvensyen PH Bukti ‘Pakatan’ Mereka Tidak Sehaluan -Jais

Pan Johor Boikot Konvensyen PH Bukti ‘Pakatan’ Mereka Tidak Sehaluan -Jais

JOHOR BAHRU, 9 Jan – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday berkata tindakah Parti Amanah Negara (PAN) Johor ‘memboikot’ Konvensyen Pakatan Harapan (PH) semalam menunjukkan mereka tidak mempunyai persefahaman yang padu antara satu dengan yang lain.

Tegasnya jelas perjuangan yang kononnya untuk rakyat sekadar berpura-pura dan matlamat mereka hari ini terpampang di depan mata bahawa yang diperjuangkan adalah kawasan untuk ditandingi semata-mata.

“Justeru kepada rakyat kita boleh lihat dan boleh nilai secara dekat…apa yang diperjuangkan mereka dan tumpuan utama adalah kawasan untuk ditandingi dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

“Malah hari ini pun di Johor sebagai contoh kalangan pimpinan pembangkang yang turun ke kawasan adalah untuk ‘spin’ isu semata-mata dalam usaha mengelirukan penduduk setempat.

“Bukannya mereka turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi adalah sebaliknya dalam usaha meraih sokongan sebanyak mungkin. Paling ketara mereka tidak mempunyai permuafakatan antara satu dengan yang lain.

“Jadi bagaimanakah mahu menguruskan negeri apatah lagi permasalahan rakyat sedangkan sesama sendiri pun masih sukar untuk mencari permufakatan antara satu dengan yang lain,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Parti Amanah Negara (PAN) Johor yang dilaporkan ‘memboikot’ Konvensyen Pakatan Harapan (PH) semalam berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri itu dalam kalangan gabungan parti pembangkang.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata tindakan drastik itu diambil kerana parti itu hanya diberikan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi berbanding lima yang diminta mereka.

Jais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota seterusnya menambah kekurangan pengalaman PAN dalam permainan politik tanah air menambahkan lagi permasalahan yang dihadapi oleh mereka hari ini.

“Rakyat tentunya ingin memilih yang terbaik dan bukannya parti politik yang tidak matang. Dalam Barisan Nasional (BN) pun kita kadangkala terdapat pertembungan pendapat serta padnangan namun dapat diselesaikan secara muafakat. Itulah kelebihan yang ada pad akita berbanding mereka,” katanya.

Leave a Reply