Tun Mahathir Berjaya Tawan Perjuangan Pembangkang @KhaledNordin

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU 8 Jan. – Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berjaya merampas hala tuju perjuangan pembangkang.

Mohamed Khaled berkata, dahulu pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) wujud adalah untuk memperjuangkan pemimpin utamanya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kini mereka telah mengangkat Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara jika mereka memenangi pilihanraya yang akan datang.

“Tahniah Tun Mahathir, sebab dapat ‘hijack’ perjuangan pembangkang untuk dirinya dan beliau sebenarnya tidak boleh lari bahawa dirinya dahulu adalah UMNO serta terserah pada mereka di luar sana untuk mentafsirkannya, katanya.

“Kalau dulu tak sokong UMNO, balik-balik tengok UMNO juga. Tun Mahathir tak boleh lari bahawa dia dulu UMNO,” kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Rasmi Kedai Imcoop Fair di Desa Mutiara di sini.

Jelasnya, ketika diminta mengulas pelantikan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) yang diputuskan pada Konvensyen PH.

PH semalam menyatakan kesediaan memilih Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, masing masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, jika pembangkang menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah yang membuat pengumuman itu turut berkata kerajaan pimpinan PH akan berusaha untuk memohon pengampunan diraja untuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

Leave a Reply