MENJELANG PRU 14

MENJELANG PRU 14

VIRUS HASUTAN (IBLIS) sedang mengancam pengundi supaya rakyat membenci kerajaan.

Viral – NASIB KG MELAYU HJH HASNAH DI BAWAH REGIM UMNO oleh pengikut RAFIZI (Penghasut no 1 M’sia) yg dahulu kononnya tinggal di Kg.Plentong Tengah.

Membaca apa yang ditulis oleh si penghasut ini ternyata dia ini manusia yang sudah ketinggalan zaman.Sementah pula tinggal di kg Plentong Tengah bukan anak tempatan Kg Melayu Hjh Hasnah di JB !

Ini yg membuatkan saya terpanggil utk beritahu fakta yg sebenar.Walaupun bukan org politik dan bukan siapa2 tetapi saya amat mengikuti proses urbanisasi di Johor Bahru.Dan sering bertandang ke rumah Pak Khamis Margono di Kg Melayu Hjh Hasnah.

Ternyata mana2 kg setinggan di JB yg yakin dan percaya dgn usaha dan kepimpinan UMNO Bhg akan mendapat kejayaan.Walaupun memakan masa tetapi berjaya.

Speking sikit “Keep going.Each step may get harder,but don’t stop.The view is beautiful at the top!”

Malang bg Kg Plentong Tengah yg lebih percaya kepada Peguam Hassan Karim dari Parti Rakyat Malaysia,(PRM – berkubur,dia masuk PKR) skrg jadi iblis menghasut sana sini utk menang pilihanraya! Kg Plentong Tengah tidak dpt diselamatkan ! Sengaja Hassan Karim buat begini sebab nak tunjuk bahawa kerajaan tidak bantu,walaupun hakikatnya mereka digantikan dgn tanah lain di Bt Dagang,Tiram.Maka berkelanalah mereka.Heboh sana sini PKR bawa cerita kerajaan zalim.Yg sebenar berapa bnyk duit org kg telah dikutip utk menyara kehidupan Hassan Karim..Patutnya kau buatlah kerja sbg seorg peguam,turun naik pej tanah dan sebagainya.Bukan pergi sana sini ceramah menghasut rakyat !

Berbalik kpd cerita KG MELAYU HJH HASNAH.

Ko orang tahu kan Johor Bahru adalah satu2nya bandaraya yang masih bertahan sebagai kubu kuat UMNO/BN di mana Tan Seri Shahrir Samad adalah ahli parlimennya.

Sewaktu Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor,beliau menganggap Shahrir Samad ne terlalu lantang bersuara di dlm UMNO.Khususnya dlm hal2 yg berkaitan dgn kepentingan Melayu.

Sekitar tahun 90-an,Dasar Pengswastaan yg diperkenalkan oleh Mahyuddin Yassin ketika itu cukup menggugat dan merisaukan mereka yg tinggal di kampung2 setinggan.Shahrir juga begitu bimbang dgn nasib Melayu bandar yg kebanyakkannya tinggal di perkampungan setinggan.

UMNO BHG JOHOR BAHRU tentunya rasa terhutang budi dengan penduduk2 setinggan ini yg merupakan pengundi2 setia UMNO/BN.Dasar Pengswastaan oleh Mahyudfin Yassin akan menyebabkan Melayu Bandar dipindah ke kawasan lain sementara kg setinggan yg mereka duduki telah dijual kpd pemaju utk dibangunkan.

Dipendekkan cerita,peristiwa pergantungan keahlian UMNO terhadap Shahrir Samad yg ketika itu merupakan Ketua UMNO Bhg J.Bahru dan Ahli Parlimen J.Bahru bersama seorg lagi ketua UMNO Cawangan kg Belantik yg lebih dikenali sbg Wak Salimin seorang pemandu teksi.Perkara ini berlaku di atas tangan Muhyiddin Yassin yg merupakan Ketua Perhubungan UMNO N.Johor dan Mahadir Muhamad adalah Presiden UMNO.Mereka dituduh kononnya mensabotaj parti,tanpa usul periksa hukuman gantung keahlian dpd UMNO dikenakan terhadap mereka.

Sementara beberapa orang ahlijawatankuasa bahagian JB telah diberi amaran. Termasuklah Mohamed Khaled Nordin yg ketika itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO J.Bahru.Shahrir Samad hilang kelayakkan untuk mengekalkan jawatan Ketua Bhg JBahru.

Walaupun Shahrir digantung keahlian,perjuangan membela nasib Melayu setinggan diteruskan oleh Khaled Nordin yg dipilih sbg Ahli Parlimen J.Bahru dan Ketua UMNO Bhg J.Bahru.Kelantangan Khaled Nordin dianggap seolah-olah menentang arus oleh Muhyiddin Yassin.Tetapi cara dan tindakan UMNO J.Bahru amat diyakini oleh pengundi2 Parlimen J.Bahru khususnya dari kawasan setinggan.

Hukum KARMA,tiada siapa pun menduga,tindakan yg sama telah diterima oleh Muhyidin Yassin dan Mahadir Mohamad.Bezanya Shahrir tidak tubuhkan parti baru utk menentang UMNO,sebaliknya melalui resolusi UMNO J.Bahru yg diilhamkan oleh Khaled Nordin ketika itu,akhirnya Shahrir diterima semula ke dalam UMNO.Dan Khaled dgn penuh tanggungjawab menyerahkan semula jawatan Ketua Bahagian J.Bahru kpd sifunya Shahrir Samad.

Berbalik semula cerita setinggan.

Beberapa kampung setinggsn seperti kg Dewata,Kg Seri Paya,Kg Setanggi terpaksa menerima nasib dari dasar pengswastaan Muhyiddin Yassin yg mana penduduk kampung tersebut terpaksa berpindah di luar kawasan parlimen J.Bahru.Ada yg tercampak jauh sampai ke Tiram ,Senai dan Pasir Gudang.

Melihat kerakusan Muhyiddin Yassin bagai tidak dapat dibendung,dgn kebijaksanasn UMNO J.Bahru yg dipimpin oleh Khaled Nordin,satu persetujuan dan pelan penyusunan semula kawasan setinggan di J.Bahru berjaya dicapai dan dikemukakan cadangan itu kpd kerajaan negeri .

Barang diingat bahawa setiap kawasan memerlukan cara yg berbeza dlm penyelesaiannya.

Kini hampir 20 tahun telah berlalu,segala usaha UMNO J.Bahru utk melihat penyusunan semula kawasan setinggan mula menampakkan kejayaannya.

Hari ini Khaled Nordin sebagai MB Johor, telah diberi penghormatan melihat sendiri hasil perjuangan beliau 20 tahun yang lalu.Dalam satu majlis penyerahan kunci rumah mampu milik kepada 2,932 keluarga dpd lapan buah kampung setinggan di kawasan EDL

Antara kampung yg terlibat selain dpd Kg Hjh Hasnah,termasuklah Kg.Desa Melayu,Desa Jaya,Desa Makmur,Kg Tengah,Tok Siak dan Bakar Batu.

Penempatan semula setinggan itu merupakan langkah pembangunan inklusif dan antara agenda pembangunan orang Melayu untuk memastikan mereka terus berada dlm bandar dgn menyediakan perumahan mampu milik lengkap dgn segala kemudahan prasarananya.

Kos yang terpaksa dibelanjakan RM303juta .Harga rumah RM140,000 seunit tetapi mereka yg terlibat hanya perlu membayar RM35k sahaja seunit.Sementara generasi kedua (anak2 mereka) dan penyewa ditawarkan dgn hanya RM50k seunit.

Dlm masa yg sama kerajasn di bawah kepimpinan Khaled Nordin yg sentiasa mendengar Suara Hati Rakyat telah menyediakan kemudahan sewa beli kepada mereka yang layak.

Bukan itu sahaja,kediaman percuma juga disediakan kpd mereka yg benar2 tidak berkemampuan di mana rumah2 ini dibeli terlebih dahulu oleh MAINJ.

Kerajaan pasir berdengung pun tidak terfikir utk buat spt Johor,lebih2 lagi Selangor dan Pulau Pinang…!!

APA pun rakyat Johor mesti BANGKIT mempertahankan negeri ini dpd ancaman DAP dan sekutunya.Kekalkan pentadbiran yg ada bererti lebih banyak lagi rakyat akan mampu memiliki rumah idaman mereka.Terima Kasih UMNO J.Bahru dan UMNO Johor yg sentiasa mendengar Suara Hati Rakyat.

Jumpa lagi. #menjelang100hariPRU14

TUN MUTAHIR (6 Jan. 2018)

One Response to "MENJELANG PRU 14"

  1. said   08 Jan 2018 at 5:13 am

    Kita harus meneruskan sokongan penuh kepada MB untuk memerjuangkan hak orang Melayu dalam kawasan bandar Johor Bahru.

    Reply

Leave a Reply