Ucapan Takziah

Ucapan Takziah

UCAPAN TAKZIAH
YAB DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR

(Di atas kepulangan ke rahmatullah mantan Speaker DUN Johor, Datuk Zainalabidin Mohamed Zin)

Saya, bagi pihak Kerajaan Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zainalabidin Mohamed Zin, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor (1999 – 2004) di atas pemergian Allahyarham.

Allahyarham seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, juga pernah berkhidmat bersama Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor pada tahun 1990 hingga 1999.

Sepanjang perkhidmatan, Allahyarham telah banyak menaburkan khidmat bakti dan berjasa kepada Johor, selain sumbangan beliau dalam politik selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) Rengit.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya jua, amin.

Al-Fatihah.

Leave a Reply