Mangsa Banjir Di Johor Sedikit Meningkat Kepada 388 Orang Pagi Ini

Mangsa Banjir Di Johor Sedikit Meningkat Kepada 388 Orang Pagi Ini

JOHOR BAHRU,  4  Jan–Mangsa banjir di Johor sedikit meningkat kepada 388 orang setakat 8 pagi ini berbanding 380 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata  berikutan itu, sebuah pusat pemindahansementara (PPS) lagi dibuka iaitu Dewan Raya Kampung  Parit Hassan di Kluang kerana banjir kilat yang melanda Kampung Parit Hassan.

“Seramai lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS tersebut. Sementara itu, seramai 380 mangsa daripada 105 keluarga masihditempatkan di enam PPS di Mersing,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan yang masih terjejas banjir di Mersing ialah Kampung Kelantan, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Tawar, Kampung Jemari, Kampung Air Merah dan Kampung Pengkalan.

Pemantauan berterusan akan terus dijalankan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah.

Leave a Reply