100 Pusat Pemindahan Banjir Akan Dinaiktaraf Mulai Tahun Ini – @Shahidan_Kassim 

100 Pusat Pemindahan Banjir Akan Dinaiktaraf Mulai Tahun Ini – @Shahidan_Kassim 

 

Oleh Iskandar Ahmad

MERSING, 3 Jan – Kerajaan akan menaiktaraf kira-kira 100 pusat pemindahan banjir di seluruh negara yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini termasuk penyediaan kemudahan bilik air, kantin dan dewan masak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim berkata, dengan kos setiap satu dengan anggaran di antara RM100,000 sehingga RM200,000 bergantung keperluan serta pelaksanaannya telah dimulakan di negeri Kelantan dan Terengganu.

“Kita telah mengenalpasti 100 pusat pemindahan bagi tujuan memperbaiki kemudahan infrastruktur yang perlu dibuat kantin semula dan rojek yang telah dilaksanakan di negeri Terengganu dan Kelantan itu akan diteruskan selepas mendapat pertimbanggan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Setiap pusat pemindahan banjir yang dikenalpasti akan dinaiktaraf mengikut keperluan dan kita akan meneruskan usaha berkenaan dalam jangka masa terdekat tidak menumpukan kepada kantin sekolah saja tetapi juga dewan makan.

“Keperluan berkaitan banjir tidak berhenti setiap tahun, malah ianya mengambil kira banjir di Rantau Panjang yang memerlukan dewan tambahan,” katanya ketika sidang media sempena lawatan kerja Menteri JPM ke Pusat Pemindahan Banjir Daerah Mersing di sini, hari ini.

Pada masa yang sama Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu berlepas dari Subang pada jam 3 petang ke Stadium Mersing pada jam 4 petang dan mendengar taklimat di bilik gerakan bencana daerah Pejabat Daerah Mersing sebelum disusuli lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tujuan lawatan berkenaan adalah untuk memastikan supaya proses pemindahan mangsa banjir ke pusat berkenaan berjalan dengan lancar.

“Di SK Air Papan, saya berikan pujian kerana pengurusan di pusat pemindahan ini diuruskan dengan baik daripada segi penyediaan penempatan dan makanan kepada mangsa banjir, malah kerajaan dan Ahli Parlimen Mersing telah menampung kos bagi tujuan berkenaan.

“Bantuan seperti ini tidak akan terhenti, malah kerja pembersihan kediaman sebaik mangsa pulang akan dilaksanakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan secara tidak langsung menunjukkan kerajaan meletakkan rakyat didahulukan dan sentiasa peka dalam memberi keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.

Leave a Reply