Kutipan Tol EDL Mula Dimansuhkan

Kutipan Tol EDL Mula Dimansuhkan

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 1 Jan – Mulai hari ini, pengguna Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) tidak lagi perlu membayar tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Ini adalah susulan daripada pemansuhan bayaran tol lebuh raya itu seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa kutipan tol EDL di plaza tol berkenaan dimansuhkan bermula hari ini.

Pengguna EDL tidak lagi perlu membayar kadar tol berkenaan yang sebelum ini bernilai antara RM3.40 hingga RM13.60.

“Pada sebelum ini, kutipan tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar adalah merangkumi dua bahagian iaitu PLUS dan EDL.

“Bermula 1 Januari 2018, kutipan tol bagi EDL adalah RM0 bagi semua lima kelas kenderaan,” katanya.

Tambah LLM, kutipan tol bagi PLUS masih diteruskan dengan kadar antara RM1.40 hingga RM6.10 mengikut lima kelas kenderaan yang telah ditetapkan.

Leave a Reply