Tiada Tol Di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur Mulai 1 Jan ini

Tiada Tol Di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur Mulai 1 Jan ini

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Tiada lagi bayaran tol untuk Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) yang dikutip di plaza tol Bangunan Sultan Iskandar bermula 1 Jan ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan hari ini berkata kutipan tol yang dilaksanakan di plaza tol berkenaan pada ketika ini merangkumi dua bahagian iaitu PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan EDL.

Pengguna lebuh raya hanya perlu membayar tol PLUS sahaja mengikut kadar bagi setiap kelas kenderaan.

“Bagi kelas kenderaan satu kadar tol adalah RM2.90, kelas kedua ( RM4.50), kelas ketiga (RM6.10), kelas keempat (RM1.40) dan kelas kelima (RM2.30),” jelas kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada  pembentangan Bajet 2018 mengumumkan pemansuhan kutipan tol di EDL mulai 1 Jan ini.

Leave a Reply