Penduduk Kampung Low Piak Setuju Berpindah Dan Terima Pampasan Daripada Pemaju

Penduduk Kampung Low Piak Setuju Berpindah Dan Terima Pampasan Daripada Pemaju

Oleh Iskandar Ahmad

BATU PAHAT, 29 Dis – Sebanyak 12 keluarga di Kampung Low Piak, di sini menandatangani persetujuan perpindahan dan pampasan bersama pihak pemaju yang akan membina pusat perniagaan di kawasan perumahan mereka.

Ketua Biro Kebajikan UMNO Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap berkata, sebelum ini sebuah syarikat pemaju BCB Berhad akan mengambil kawasan perumahan berkenaan kerana pemilik asal tanah berkenaan sudah menjual tanah di kawasan rumah penduduk kepada pemaju untuk membina pusat perniagaan.

“Pada hari ini isu berkenaan telah berjaya diselesaikan dan majlis menandatangani persetujuan perpindahan dan pampasan kepada 12 keluarga berkenaan bersama pihak pemaju turut diadakan.

“Pada masa yang sama pihak pemaju BCB Berhad turut melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan dan memberikan kelengkapan sekolah dan wang saku kepada 15 orang anak-anak penduduk yang terpilih di kampung berkenaan, katanya.

Leave a Reply