Janji Kosong Dan Fitnah Jadi Mainan Pakatan Pembangkang – Dr Puad

Janji Kosong Dan Fitnah Jadi Mainan Pakatan Pembangkang – Dr Puad

BATU PAHAT, 29 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas pakatan pembangkang yang berterus-terusan membuat janji-janji kosong setiap kali hampirnya musim pilihan raya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati rakyat agar tidak terikut dengan dakyah pembangkang yang sering menuduh dan memfitnah ekonomi negara teruk dan berada dalam keadaan memalukan.

“Sebelum ini ringgit (Ringgit Malaysia) difitnah kononnya tidak laku di Thailand dan Mekah.

“Ringgit kini semakin kukuh. Menjadi mata wang Asia kedua meningkat paling tinggi.

“Naik sebanyak 9.13% berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS). Won Korea Selatan di kedudukan nombor satu, Bath Thailand nombor tiga dan diikuti oleh Dolar Taiwan, Dolar Singapura, Renimbi China dan Rupee India,” jelas Puad dalam cacatan terbaharu di laman rasmi facebook beliau hari ini.

Tambahnya lagi, pada awal tahun 2017 Ringgit Malaysia (RM) berada pada kedudukan terendah iaitu RM4.48 berbanding Dolar Amerika.

“RHB Research mengunjurkan ringgit akan berada pada sekitar RM3.95 berbanding Dolar AS menjelang penghujung 2018 daripada RM4.10 pada akhir 2017.

“RHB Research juga mengunjurkan Keluaran Negara Dalam Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2018 tetap positif pada kadar 5.2%,” kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu lagi.

Beliau turut menempelak pakatan harapan yang hanya mampu membuat janji kosong sekiranya dapat mentadbir kerajaan pusat kelak.

“Percayalah janji 100 hari kalau pakatan memerintah iaitu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dihapuskan dan harga minyak akan turun adalah bohong belaka.

“Hakikatnya di Selangor dan Pulau Pinang rumah mampu milik pun gagal ditunaikan. Rumah mampu milik sebenarnya adalah rumah mampu tengok kerana harganya mahal,” tegasnya.

Sebagai rekod, sejak pakatan parti pembangkang mentadbir Selangor mereka mengambil langkah menaikkan kadar sewa perumahan rakyat (PPR), kadar sewa penjaja pasar, hartanah, perumahan dan premis perniagaaan.

Manakala bagi Pulau Pinang, setelah mentadbir hampir sepuluh tahun mereka telah menaikkan tarif air memasuki kali keempat walaupun dahulu pernah berjanji tiada kenaikan. Selain itu, antaranya kerajaan Dap itu turut mengenakan caj levi hotel, kenaikan caj parkir, menaikkan kadar sewa gerai serta cukai taksiran rumah kediaman dan premis perniagaan. UMNOOnline

Leave a Reply