Diaz Intai Rangkul Anugerah Kasut Emas Musim Depan

Diaz Intai Rangkul Anugerah Kasut Emas Musim Depan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Penyerang kelahiran Argentina, Jorge Pereyra Diaz memasang impian untuk muncul sebagai penjaring gol terbanyak bagi kali kedua dalam Liga Super Malaysia selepas kembali semula ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penyerang berusia 27 tahun itu yang dipinjamkan ke kelab Mexico, Club Leon musim lalu berkata, dia gembira dapat kembali ke kelab tersebut atau lebih dikenali sebagai Harimau Selatan.

Beliau diangkat sebagai Penjaring Terbanyak Import pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dengan meledak 18 gol.

“Secara peribadi, saya ingin melengkapkan sebagai penjaring gol terbanyak sekali lagi seperti pada 2016, tetapi yang penting ialah JDT boleh memenangi semua perlawanan,” beliau dipetik sebagai berkata menerusi catatan terkini dalam laman Facebook JDT, hari ini.

Beliau yakin bahawa gandingan dengan rakan pasukan senegara, Luciano Figuero yang beraksi semula selepas persaraan, akan membantu skuad Harimau  Selatan melakar lebih banyak kejayaan  dalam Liga Malaysia, musim depan.

“Bagi ketua jurulatih Ulisses Morais, saya baru mengenali Morais dan saya fikir beliau adalah seorang yang mempunyai sikap positif dan sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan tentang taktik,” katanya.

“saya yakin bahawa JDT akan muncul lsebagai pasukan lebih mantap musim depan dan kami akan bekerja ketras untuk mempertahankan gelaran Liga Super bagi kali kelima berturut-turut,” kata Diaz yang meraih gelarah Liga Super dua kali ketika bersama JDT pada 2014 dan 2016.

 

Leave a Reply