Siap Sedia Gelombang Pembohongan Besar Pembangkang Pada PRU ke 14 @MohdPuadZarkashi

Siap Sedia Gelombang Pembohongan Besar Pembangkang Pada PRU ke 14 @MohdPuadZarkashi

 

Oleh Iskandar Ahmad

Batu Pahat, 23 Dis – Ahli UMNO dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi gelombang pembohongan paling besar pembangkang untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihak pembangkang akan menyebarkan fitnah dan berita palsu secara habis-habisan untuk merebut kuasa.

Katanya, ini lah yang diingatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 awal bulan ini supaya ahli berwaspada dengan 2F iaitu fitnah dan unsur ‘fakenews’ ( berita palsu).

“Elemen 2F ini akan dijadikan senjata utama pembangkang untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14 yang disifatkan sebagai ibu segala PRU.

“Tabur janji kosong pembangkang akan menjadi lebih agresif menimbulkan pelbagai fitnah, berita palsu di samping menabur janji kosong untuk membuatkan rakyat terpedaya, sekali gus menghakis kepercayaan mereka terhadap UMNO dan BN.

“Menjadi tugas dan tanggungjawab kita di akar umbi untuk turut lebih agresif memantau, menangkis serta menularkan penjelasan terhadap segala fitnah dan berita palsu yang ditabur pembangkang supaya ia dapat dimatikan dan tidak melarat menjadi persepsi rakyat.

“Bukan saja dengan menangkis serangan pembangkang di media sosial, kita juga perlu lebih agresif bersemuka dengan rakyat bagi memberi penjelasan serta menjawab sendiri pelbagai persoalan mereka bagi meleraikan kekeliruan akibat fitnah dan berita palsu pembangkang,”katanya.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata demikian ketika merasmikan program Amanat Pasca PAU 2017 5 Semboyan Menuju Kemenangan’ di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, semalam.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Timbalan UMNO Batu Pahat, Zaidi Japar dan Ketua Wanita UMNO Batu Pahat, Haliza Abdullah. Terdahulu, Imam Masjid Abbad, Makkah, Muhammad Sharif Muhammad Imrani, membacakan doa khas Selamatkan Baitulmaqdis serta memberi tazkirah ringkas.

Leave a Reply