Tuduhan Chin Tong Terhadap Hishammuddin Berniat Jahat Dan Bermotif Politik

Tuduhan  Chin Tong Terhadap Hishammuddin Berniat Jahat Dan Bermotif Politik

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong, Onn Hafiz Ghazi menyifatkan Ahli Parlimn Kluan (DAP), Liew Chin Tong dalam sebuah portal pro-pembangkang semalam adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Ujarnya, Liew Chin Tong memanipulasikan jawapan yang telah dijawab sendiri oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Kenyataan yang dibuat sebegini rupa bertujuan untuk mengelirukan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Menteri Pertahanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong.

Jika perancangan pembinaan kem di Sembrong adalah berasaskan motif politik, seperti yg didakwa Liew, sudah pastinya Dato Seri Hishammuddin akan memastikan kem itu lengkap dan selesai dibina sebelum Pilihan Raya Umum.

Namun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali dan kem berkenaan kini masih di peringkat pembinaan dan tidak mungkin siap sebelum PRU 14,” ujarnya dalam satu kenyataan.\

Ujarnya lagi, segala usaha telah pun dilakukan sekian lama dan segala perancangan yang dibuat mengenai pembinaan dan penambahbaikan kem adalah berasaskan keperluan serta kepentingan keselamatan negara, dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

“DAP dilihat cuba mengaitkan perancangan keselamatan dengan motif politik. Ini merupakan tindakan yang keji untuk meraih populariti murahan melalui politik kebencian dan keraguan.

Sekiranya pihak beliau mempunyai keraguan, saya yang juga Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, sentiasa terbuka untuk menjawab pertanyaan beliau bagi membantu mengakhiri segala prasangka yang tidak baik,” tambahnya.

Leave a Reply