Bercakap Biar Berdasarkan Fakta – Shahrir Samad

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 23 Dis – Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyelar kenyataan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, baru-baru ini yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai Pengerusi FELDA

Menurut beliau, dia belum bankrap dan bagaimana untuk mendakwanya sebagai tiada kredibiliti melainkan presiden persatuan berkenaan sudah bankrap serta bagaimana seorang yang bankrap meragui kredibilitinya yang belum bankrap.

“Tanggungjawab saya jelas mengikut akta dan perlembagaan dalam FELDA dan beliau (Mazlan) juga bertindak mengikut perlembagaan persatuannya. Jika nak pertikai, pertikai kredibiliti saya mengikut akta dan fasal dalam perlembagaan FELDA,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Shahrir berkata, sekarang bukan masanya untuk mahu mendedahkan apa dan siapa serta jika dia mahu mendedahkannya dia boleh mengheboh dan mengumumkanya sejak awal Januari lalu, tetapi sebaliknya FELDA ambil tindakan berkenaan dengan cermat.

“Laporan polis sudah dibuat dan polis boleh siasat. Sistem rekod di Malaysia ini lengkap, dan boleh semak latar belakang rekod semasa perkara berkenaan berlaku.

“Bukan tujuan saya hendak hebohkan siapa yang terlibat tetapi cukup setakat saya membuat laporan polis dan menceritakan apa sudah berlaku kepada umum terutama peneroka FELDA dalam konteks FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC),” katanya.

Shahrir berkata, beliau berharap sokongan penuh daripada kerajaan, terutamanya Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Tanah dan Galian bagi membantu FELDA mendapatkan semula tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Kita sebagai agensi kerajaan perlukan sokongan penuh kerajaan dan jika saya tidak yakin untuk dapatkan semula tanah berkenaan, FELDA tidak akan ambil tindakan membuat laporan polis serta membatalkan kuasa surat kuasa (PA) dan sebagainya,” katanya.

Leave a Reply