PRU-14: Senarai Calon MCA Johor Sudah Dihantar

PRU-14: Senarai Calon MCA Johor Sudah Dihantar

JOHOR BAHRU 16 Dis. – MCA Johor sudah menjalankan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan mengenal pasti semua calon yang akan dipertandingkan di negeri ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, senarai calon MCA negeri bagi PRU-14 sudah dihantar kepada Perdana Menteri dan hanya menunggu pengumuman rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, antara calon yang dikenal pasti ialah Naib Presiden MCA Datuk Dr. Hou Kok Chung yang bertanding di Parlimen Tebrau dan Datuk Tan Cher Puk akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.
“Saya yakin Datuk Tan (Cher Puk) untuk sekali lagi tolong kita bagi menawan semula Johor Jaya kerana dia adalah calon yang paling layak.

“Biarpun tewas dahulu, beliau terus memberi perkhidmatan yang terbaik dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan pelbagai isu tempatan. Saya kagum dengan komitmen beliau yang memahami isu setempat di kawasan Johor Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis MCA Bersama Rakyat Tebrau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chih, Taman Desa Cemerlang di sini sebentar tadi.

 

Leave a Reply