Seramai 30,000 Pelajar Asnaf Negeri Johor Menerima Bantuan Persekolahan – @KhaledNordin

Seramai 30,000 Pelajar Asnaf Negeri Johor Menerima Bantuan Persekolahan – @KhaledNordin

Oleh Iskandar Ahmad

JOHOR BAHRU, 15 Dis. – Seramai 30,000 pelajar asnaf di seluruh negeri Johor menerima bantuan persekolahan bernilai RM5 juta.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah pun merancang hasil kutipan zakat yang diperolehi benar-benar memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya dalam pendidikan.

“Kerajaan tidak mahu penerima bergantung kepada bantuan sahaja, tetapi ianya adalah untuk memastikan zakat dapat membangunkan keupayaan mereka yang layak menerima zakat dan berjaya dalam pendidikan.

“Mudah-mudahan, melalui tumpuan kepada pendidikan, kita dapat mengubah nasib dan kedudukan umat Islam yang fakir dan miskin, malah berharap supaya umat Islam akan terus berzakat dan negeri Johor akan terus mengalami pertumbuhan ekonomi, katanya ketika sidang media Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah 2018 di Dewan Muafakat Johor, Permas Jaya 2, Bandar Permas Jaya di sini, hari ni.

Menurut beliau, daripada segi kutipan zakat, mendapati ada peningkatan pada setiap tahun dan ianya mencerminkan pertumbuhan ekonomi Johor yang inklusif.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Abdul ‘Alim Shukor.

Leave a Reply