Bebaskan Anwar Bukti Mahathir Makin Terdesak

Bebaskan Anwar Bukti Mahathir Makin Terdesak

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Anwar Ibrahim dan penyokongnya boleh dianggap hilang akal jika mempercayai Tun M adalah ikhlas dan serius mahu Anwar dibebaskan.

Ujarnya, Tun Mahathir hanya berlakon, dia pakar U turn kerana Anwar dipenjara kerana perbuatan jenayah setelah melalui proses perbicaraan yang panjang, bertahun lamanya dan berbelas kali penangguhan sepanjang perbicaraannya itu.

“Anwar tidak boleh mudah lupa, dia dulu ditahan oleh Tun M bermula dengan ISA. Rumahnya diserbu dengan kasar, matanya lebam dan Tun M dakwa Anwar pukul sendiri matanya sampai lebam. Itu tahanan bermotif politik.

Anwar dulu dipecat dan ditahan kerana buku 50 Dalil. Tun M percaya buku itu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun, Anwar sekarang dipenjara kerana Saiful Bokhari sendiri yang membuat aduan.  Lagi pun Anwar hanya tinggal beberapa bulan sebelum dibebaskan, kenapa diperingkat awal dulu dia tidak memperjuangkan pembebasan Anwar? Kenapa sekarang?

“Sudah tentu kerana politik. Bukannya Anwar dipenjara kerana politik tetapi Tun M cuba mempolitikkan di saat kritikal ini pembebasan Anwar.

Sebenarnya Tun M sudah kehabisan isu untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU ke 14. Isu 1MDB gagal, maka isu Anwar dipenjara cuba dipanaskan untuk mendapat simpati rakyat.

Tun M lupa sejak dia berkawan dengan Lim Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri, imejnya sudah tercalar dan tidak lagi boleh dipercayai,” ujarnya yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Pahat.

Leave a Reply