Agenda Bumi diteruskan di Gelang Patah walau dibawah kawasan Pembangkang

Agenda Bumi diteruskan di Gelang Patah walau dibawah kawasan Pembangkang

GELANG PATAH, 11 Dis – 360 orang peniaga kecil Bumiputera Gelang Patah telah menerima bantuan perniagaan dibawah program Gerak Gempur Usahawan yang dikendalikan UMNO.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah Mohamad Khairi Malek, sejumlah RM180,000 telah diperuntukkan bagi program yang bermuka sejak 2016.

Khairi berkata UMNO akan bantuan dalam bentuk peralatan perniagaan berjumlah maksimum RM500 kepada peniaga-peniaga tersebut bagi membantu operasi perniagaan.

“Bantuan mungkin nampak kecil nilainya tetapi bermakna kepada mereka kerana ada segelintirnya tidak berupaya membeli peralatan ini berikutan hasil jualan yang tidak setinggi mana.

“Lagipun, mereka susah untuk mendapatkan pinjaman atau modal perniagaan daripada agensi kerajaan memandangkan perniagaan dijalankan berskala kecil,” kata Khairi, memetik laporan Bernama.

Khairi berkata UMNO juga berterusan membantu penduduk Kampung Gelang Patah, Pendas Laut dan Kampung Pinggiran dalam isu geran tanah yang dihadapi mereka dengan mengeluarkan Notis 5A.

Menurut Khairi, pengeluaran notis tersebut adalah penting kerana penduduk kawasan tersebut telah lama menunggu pemilikan geran, yang perlu mengikuti beberapa prosedur.

“Setakat ini, 23 penduduk dari Kampung Gelang Patah, 64 orang (Kampung Pendas Laut) dan 24 orang (Kampung Pinggiran) telah mendapat hak milik mereka.

“Pemberian ini bukannya gula-gula untuk PRU (pilihan raya umum) tetapi hampir setiap tahun dijayakan demi memastikan penduduk berupaya membina rumah di atas tanah sendiri,” katanya lagi.

Ini merupakan sebahagian dari program masyarakat yang dijalankan BN di Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Leave a Reply