#PAU2017 : Wanita UMNO Johor Berikrar Untuk Bekerja Kuat Demi Kejayaan Barisan Nasional

Oleh Iskandar Ahmad

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Wanita UMNO Johor berikrar untuk bekerja lebih kuat demi kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang akan datang.

Ketua Wanita UMNO Negeri Johor, Datuk Syarifah Azizah Datuk Syed Zain berkata, Wanita UMNO Johor mengambil iktibar dengan pesanan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan mengharapkan keseluruhan jentera bersama-sama berganding bahu pada PRU ke 14.

Menurut beliau, pihak Wanita UMNO Johor juga turut berasa sayu dan berdiri teguh dengan Presiden UMNO untuk menegakkan bumi Baitumuqadis dan kembalikan kepada islam.

Leave a Reply