#PAU2017 : Sama-samalah Kita Tangkis Pembohongan Pembangkang – @AKaprawi

Oleh Iskandar Ahmad 

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Semua ahli UMNO perlu sama-sama dalam memerangi dan menangkis pembohongan pihak pembangkang melalui media sosial.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi berkata, beliau menyarankan kepada ahli-ahli UMNO khususnya dalam menyumbangkan sesuatu dalam memerangi pembohongan pihak pembangkang kerana peperangan pada masa kini adalah persepsi di media sosial.

“Saya yakin setiap ahli UMNO mempunyai telefon pintar yang boleh menyumbang sesuatu untuk menangkis segala tomahan dan pembohongan pihak pembangkang.

“Kita bukan sahaja untuk bercakap di atas pentas tetapi perlu bertindak di hujung jari dan berharap untuk sama-sama kita menangkis pembohongan yang dilakukan pihak pembangkang.

“Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak pada hari ini ada menyebut pembohongan pihak pembangkang perlu kita lawan agar rakyat tidak terpesong.

“Kini pihak pembangkang cuba untuk mengelirukan dan memesongkan rakyat dengan hakikat sebenar yang hari ini negeri Johor telah maju dan pembangunan yang meningkat.

“Dengan perkara-perkara yang kecil ini lah yang diekploitasikan untuk manfaat pihak pembangkang, katanya.

Leave a Reply