#PAU2017 : Tidak Adil Bandingkan RCI Dengan 1MDB – @AzalinaOthmanS

#PAU2017 : Tidak Adil Bandingkan RCI Dengan 1MDB – @AzalinaOthmanS

#PAU2017 : Tidak Adil Bandingkan RCI Dengan 1MDB – @AzalinaOthmanS

Oleh Iskandar Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Adalah tidak adil bagi pihak tertentu, khususnya pembangkang cuba membandingkan isu kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia berikutan kerugian forex bernilai kira-kira RM30 bilion itu, sudah dibuktikan sebagai kehilangan sebenar dan bukan kehilangan atas kertas semata-mata.

“Kerugian itu dibuktikan menerusi Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI) Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu, berbanding 1MDB yang masih disiasat pihak berkuasa.

“Saya baca banyak komen pembangkang dan tidak adil untuk bandingkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI mengenai urus niaga forex) itu dengan 1MDB.

“RCI itu adalah kehilangan sebenar dan bagi saya, biar polis jalankan siasatan (terhadap laporan RCI).

“Saya harap siasatan itu menunjukkan apa sebenarnya berlaku kepada negara kita dalam aspek kehilangan kewangan yang begitu besar dalam skandal forex,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Leave a Reply