#PAU2017 : Perbetulkan Segala Pergeseran Dalam Parti – @AzaharIbrahim

#PAU2017 : Perbetulkan Segala Pergeseran Dalam Parti – @AzaharIbrahim

#PAU2017 : Perbetulkan Segala Pergeseran Dalam Parti – @AzaharIbrahim

Oleh Iskandar Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Semua pemimpin mahupun ahli parti sendiri perlu bekerjasama dalam permasalahan dalaman parti UMNO khususnya dan Barisan Nasional (BN) amnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 tidak lama lagi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Yang Berhormat (YB) Mohd Azahar Ibrahim berkata, berdasarkan pra dewan sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak banyak mengingatkan perkara masalah dalaman UMNO sendiri perlu diperbetulkan.

“Sebarang persegersan dan kecelaruan yang berlaku harus diselesaikan dengan pendekatan yang baik supaya tidak ada kewujudan unsur-unsur sabotaj atau mereka yang tidak berpuas hati daripada segi pencalonan yang telah diambil kira oleh presiden UMNO sendiri.

“Oleh itu kita perlu mendahului keutamaan parti UMNO khususnya daripada sebarang perebutan dan kecurigaan dalam UMNO sendiri

“Dalam konteks parti UMNO itu sendiri perlu memperkuatkan dan memantapkan lagi kerjasama jalinan kerana kita perlu membuat 100 peratus tumpuan atau persediaan kerana pilihan raya akan datang merupakan pilihan raya yang hebat kerana melibatkan parti-parti utama dalam Malaysia.

“Oleh itu semua pemimpin parti UMNO dan parti komponen BN perlu menyelesaikan permasalah tersebut secara bermusyawarah”, katanya ketika ditemui semalam.

Leave a Reply