#PAU2017 : Calon Baru Perlu Ada Kualiti, Moden, Modest & Moderate – @NoorAmbros

#PAU2017 : Calon Baru Perlu Ada Kualiti, Moden, Modest & Moderate – @NoorAmbros

Oleh Iskandar Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Calon baru yang bakal dipilih dalam kepimpinan baru dalam parti UMNO perlu ada kualiti, moden, modest dan moderate.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, berkenaan dengan calon baru bukan sekadar pada rupa bentuk serta fizikal, tetapi yang penting adalah daripada segi pendekatan dan strategi yang perlu baharu dan kontemperori.

“Jika dilihat pada UMNO Johor berkenaan dengan calon baru adalah kita mesti lah menampilkan mereka yang mempunyai kualiti dan moden daripada segi pendekatan.

“Selain itu calon baru yang mempunyai unsur modest iaitu bersederhana daripada segi mengemukan pandangan isu dan sebagainya serta moderate ataupun bersederhana daripada segi tindakan, katanya.

Menurut beliau, itu adalah ciri-ciri yang perlu ada pada orang muda tidak semestinya orang muda daripada segi fizikal dan kosmetik tetapi jika orang lama yang mempunyai pendekatan yang kontemporari perlu menyokong apa yang telah ketua pemuda UMNO sarankan.

Leave a Reply