Jentera Parti Perlu Perhalusi Penekanan Pada PAU2017 Ke Arah Kemenangan Pada PRU14

Jentera Parti Perlu Perhalusi Penekanan Pada PAU2017 Ke Arah Kemenangan Pada PRU14

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Perhimpunan Agung UMNO sememangnya acara tahunan parti namun pada kali ini ianya adalah paling istimewa dan ia bakal memberi kelainan kepada seluruh ahli dan pendokong serta penyokong parti di seluruh negara kerana kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh tidak berapa lama lagi.

Begitu jugalah kami Wanita UMNO Johor yang turut sama melihat bukan sahaja PAU 2017 malah persidangan Agung Wanita UMNO turut mempunyai makna yang tersendiri kepada jentera wanita kerana semua tahu, PRU yang makin hampir, demikian menurut Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain.

Beliau seterusnya berkata amat penting setiap jentera parti memperhalusi segala penekanan dan segala ungkapan yang diberikan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak untuk dibawa ke akar umbi dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan.

“Dan begitu juga segala amanat yang akan diberikan oleh pimpinan parti lain dan bagi Wanita UMNO tentunya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan turut sama memberi penekanan ke arah itu. Wanita UMNO Johor insya Allah akan mengambil kata-kata berkenaan sebagai ingatan bersama untuk dibawa balik ke Johor nanti.

“Yang penting PAU 2017 ini bukan sahaja untuk memberi semangat semata-mata malah inilah masanya untuk kita sama-sama memaparkan kepada rakyat termasuklah masyarakat di luar sana bagaimana UMNO melaksanakan tugas dan amanah sebagai peneraju negara.

“Dan di Johor insya Allah, Wanita UMNO negeri akan sentiasa membantu parti khususnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’  Mohamed Khaled Nordin dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan,”katanya kepada umnojohor.my.

Sharifah seterusnya menambah UMNO hari ini berada di alndasan terbaik dan apa yang penting kesatuan dan kesepaduan serta muafakat perlu dipertingkatkan dalam memastikan parti terus mendapat kepercayaan.

“Yakin dan percayalah…rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada parti yang ada rekod tersendiri dan bukan sekadar cakap kosong,”katanya.

Leave a Reply